Allahu akbar, sedar tak sedar dah 2 tahun da aku tinggalkan blog ni tanpa noktah. Dah penuh dgn habuk dah. dulu pun sempat post 4 entri je pas tu diam membisu. Org ada blog kita pun gatal nak ada blog juga. hehehe, anwari2 lawak la. tak istiqamah betul. biasa nya dia bukan main duk suruh org istiqamah dlm membuat sesuatu tapi dia? adduuuuhhh, malu nya. herrrmmm. mcm mana ye nk gambarkn ms yang dah berlalu ni? dah dua tahun dah, rasa dah tua sgt, tahun ni pun dah 25 dah, masa last update dulu umur 23, cepat sungguh masa berlalu kan?
Dah rasa cam ni da. hehe (gambar sekadar hiasan.)
bila imbas balik hidup ni, tak ada apa sgt sumbagn yg aku berikan pada ummah, sdg kn itulah aset penting utk bekalan bila bertemu pemilik hati yang hakiki suatu hari nanti. ya Allah, ampunkan hamba Mu ini sekiranya usia ini aku persiakan utk hal ehwal yg tidak bermanfaat. terkadag iman ku naik dan terkadang iman ku jatuh merudum. namun aku yakin, Engkau selalu memandu aku ke ke arah kebaikan, kerana Engkau tidak pernah meninggalkan hamba2 Mu.
Insyaallah, lepas ni, blog ni akan sentiasa terisi dgn pengisian yg membawa kami semua mengingati Mu. semoga penulisan ku membawa kebaikan serta bermanfaat utk ummah.
sekarang anwari dah kembali. insyaallah dgn lebih bayk penceritaan santai sekadar utk mengingati serta memberikan sedikit coretan perjalann sebagai penggembara di Bumi milik Allah ini. ^__^
sekarang jiwa anwari dah jd macm baby kat atas ni dah. (gambar sekadar hiasan)
Anwari is re-born. insyaallah. hehe
hakikat nya, usia kita akan sentiasa bertambah, kanak2 akn meningkat remaja, remaja beralih dewasa, dewasa melonjak tua, .... namun, hidup ni tetap tidak akan berubah, Allah melihat kepada iman hamba Nya, bukan siapa hamba Nya. sentiasa lah perbaharui iman. smoga kita di kalangan org2 yang benar, ameen.

.jpg)

0 comments:
Post a Comment