nOtA hATi kU bErBicARa =)

suatu saat, pasti aku akan pergi
jadi, biar aku lakari sejarah ini.

jika semalam adalah realiti.
di sini ia bersemadi.

“1 LITRE OF TEARS” drama siri jepun yang mengajar aku nilai sebenar harga sebuah kehidupan.

Tuesday, December 13, 2011


"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhan kamu memberitahu kepada kamu, sekiranya kita bersyukur Aku akan menambahkan (nikmat-Ku) kepada kamu tetapi sekiranya kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sungguh pedih". Surah Ibrahim : 7

     Erti syukur  sering di lupakan oleh masyarakat islam di zaman robot kini, ada di antara mereka yang lebih teruk dimana, langsung tidak mengaitkan tentang apa yang mereka perolehi dengan rezeki yang Allah kurniakan, malah mereka menggangap  segala nikmat yang mereka perolehi kini adalah hasil usaha mereka sendiri, without any external fact. Ramai anak2 muda kini yang tersesat dari arus kehidupan & tujuan hidup yang sebenar, mereka hanya tahu erti  keseronokan, kepuasan & kesenangan  Inilah gambaran sebenar manusia di zaman robot,  seperti robot yang hanya dicipta untuk sementara, melakukan tugasan yang sama setiap hari dan bila ianya tidak berfungsi lagi, ia akan di lenyapkan dari muka bumi ini, begitukah kita atau kitakah robot? Siapa kita?  Bagi mereka yang ingin menjadi robot teruskan dengan usaha anda, namun harus di ingat kehidupan didunia hanyalah persinggahan ,”life in this world is only journey to the other world”, oleh itu kita mempunyai sebab untuk mengapa terus hidup di dunia yang fana ini. Iaitu mencari keredhaan Allah s.w.t,”worship &  obey Allah”   




    Bercerita mengenai robot, teringat pula aku pada sebuah drama dari Negara robot yang betul2 memberi impak jauh di dalam hati aku,
drama “1 LITRE OF TEARS”  Cerita  mengenai seorang remaja perempuan(ikuechi aya) yang begitu tabah dan tidak pernah kenal erti putus asa demi melawan penyakit yang dihidapinya hinggalah ke saat akhir hayatnya. Cerita ini adalah cerita yang diadaptasikan dari cerita sebenar seorang remaja dan nama2 setiap watak dalam cerita ini adalah di ambil dari nama sebenar, namun tak dinafikan ada sedikit tokoh tambah dalam drama ini bagi menjelaskan mengenai situasi2 tertentu dan bagi menghidupkan lagi jalan cerita tersebut.  Dalam drama ini, ikuechi aya adalah seorang remaja jepun yang berusia 15tahun,  seorang yang pintar, aktif,cantik, penyayang, dan di senangi oleh semua  . Dia adalah junior di sekolah tinggi higashi(sekolah tinggi untuk pelajar2 yang pintar). Disekolah tersebut dia belajar segalanya mengenai erti persahabatan, percintaan, ketabahan dan kasih sayang. Ikuechi aya juga amat berkebolehan dalam permainan bola keranjang sehingga dia mendapat tempat untuk mewakili sekolahnya dalam kejuaraan yang di anjurkan. 




     Namun, segala nya berubah setelah dia disahkan mempunyai sejenis penyakit yang setakat ini tiada penawar ditemui oleh mana2 pakar, iaitu “spinocerebellar atrophy”, sejenis penyakit dimana otak tidak dapat menghantar maklumat ke saraf, penyakit tersebut sedikit demi sedikit merencatkan fungsi seluruh badan ikuechi aya seperti pergerakan yang melibatkan sendi, kegagalan untuk bercakap dan lain2 kesan. Di sini lah bermulanya kisah menyayat hati ikuechi aya, dari seorang yang aktif berlari bebas di atas gelanggang bola keranjang kini tidak lagi mampu menggunakan kaki nya dan terpaksa menggunakan bantuan kerusi roda untuk bergerak. Dia sedar suatu hari nanti, dia juga tidak akan mampu untuk bercakap dan menggunakan sistem sokongan badan yang lain, namun dia tetap tabah meneruskan kehidupan nya.




     Dalam drama tersebut ikuechi aya berpesan pada dirinya ‘sememangnya aku tidak mampu untuk berpatah balik ke masa lalu, jadi walau apa pun keadaan aku sekarang ini lah diri aku ’. selama dia berjuang melawan penyakit tersebut, dia sedar tentang banyak perkara, tentang keluarga yang begitu penting pada dirinya dan sentiasa memberi sokongan pada dirinya, tentang rakan2 yang sentiasa membantu dirinya walaupun terpaksa berkorban masa dan tenaga dan tentang seorang kekasih yang sentiasa di sisinya dan menemani dirinya. Apa yang dia harapkan hanyalah satu  iaitu, “kesihatan yang berpanjangan”, untuk dia berlari bebas seperti remaja2 lain, untuk mengapai impian nya ke universiti, untuk berkahwin dengan kekasih hatinya dan impian2 lain yang belum di sempurnakan nya. Sepanjang hidupnya nya, ikuechi aya sentiasa melakukan proses pemulihan berjalan ,proses pemulihan bercakap dan proses pemulihan menulis walaupun dia tahu itu semua hanyalah sia2, namun dia tetap berusaha kerana itu adalah dirinya, seorang yag tidak mudah berputus asa. begitulah kehidupan yang terpaksa di lalui oleh ikuechi aya sehinggalah perngakhiran hidupnya, apabila semua sistem badannya tidak lagi mampu berfungsi dan terpaksa terlantar di atas katil. Selepas 8tahun menanggung penderitaan, dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir di hospital yang mana tempat dia menerima rawatan  sejak dari awal penyakitnya. Dalam penderitaan yang di alami oleh ikuechi aya, dia sempat menulis beberapa buah  diari dan setiap kandungan diari nya itu, adalah berbau pengharapan untuk meneruskan kehidupan ,  berikut ialah kata2 semangat di dalam diari nya yang sempat aku petik:


  • ·         I won’t be impatient, I won’t be greedy, I won’t give up because
  • Everyone takes things step by step.
  • ·         I’m not only one in pain, not having other people understand
  • Not understandings others, both of those are awful
  • ·         My life is like a blossoming flower, from the start of my youth
  • I want to have no regrets and treasure it.
  • ·         Mother, in my heart there always exists a mother that believes in me.
  • From now this point forward, I leave it to you, I’m sorry for always making you Worry.
  • ·         What’s wrong with falling down? Because as long as I stand up again it’ll be just fine if you look up at the sky after falling down the blue sky is also today. Stretching limitlessly and smiles at me.
  • ·         People shouldn’t dwell on the past , it’s enough to try your best in all
  • That you’re doing now
  • ·         Everyone feel pain, but surely, after suffering satisfaction will arrive
  • Even with sports, studying, or other ordeals.
  • With life, it’s like that for everyone.
  • ·         If we can beat the pain, on the other side, a rainbow of happiness
  • Awaits us. That will definitely become a treasure. Let’s believe in that

 Untuk meneruskan hidup nya dan untuk dia terus tersenyum serta berkeyakinan ; “she has at least CRIED  ONE LITRE OF TEARS.”
 


    Drama sedih yang memberikan pengajaran mendalam pada diri aku. mengenai harapan seorang remaja, mengenai katabahan seorang insan, mengenai kegigihan dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup, mengenai kasih sayang seorang ibu dan keluarga, ini semua adalah nilai2 murni yang aku pelajari  menerusi drama tersebut. Begitulah sedikit sinopsis yang mampu diri ini kongsikn bersama pembaca mengenai drama “1 LITRE OF TEARS”, untuk lebih mendalami dan betul2 menghayati tentang perasaan ikuechi aya, aku cadangkan supaya korang menonton drama siri tersebut, aku yakin korang semua takkan menyesal menonton drama siri ini, 

   Aku sarankan kepada anda semua yang tidak menghargai hidup & pada mana2 pembaca yang masih mencari makna sebenar hidup, drama siri”1 LITRE OF TEARS” adalah drama terbaik untuk di tonton, yang mana mampu membuka minda kita semua tentang nilai harga sebuah kehidupan. “the best ever drama”. Selamat menonton.^__^

Dan sementara Allah masih meminjamkan kita kudrat ini, guna lah ia ke jalan kebaikan dan cari lah keredhaan Nya, bila nanti segalanya sudah terlambat, hanya sesalan yang memenuhi jiwa. nauzubillahi min zalik. semga kita sntiasa menjadi org yg bersyukur. ameen.

0 comments:

Post a Comment