nOtA hATi kU bErBicARa =)

suatu saat, pasti aku akan pergi
jadi, biar aku lakari sejarah ini.

jika semalam adalah realiti.
di sini ia bersemadi.

MUKADDIMAH “SECEBIS CORETAN DI ALAM FANA”..

Sunday, January 2, 2011


................Bismillahirahmanirrahim..............

Assalamualaikum w.b.t kepada semua pengikut2 blog yang aku hormati & sayangi. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa korang untuk mengikuti blog amateur yang aku sediakan ini.

Terciptanya idea “SECEBIS CORETAN DI ALAM FANA” adalah pada penghujung tahun 2009 dimana pada ketika ini, aku sedang menghabiskan cuti semester akhir tahun pertama 1st yr, 1st sem (junior ) di kg kelahiran aku, di Kota Bharu, setelah bergelar seorang siswa di IPTA tempatan. Kesunyian & kebosanan telah memaksa diri ini untuk mengimbau sejenak mengenai kehidupan masa lampau yang telah aku habiskan selama 21 tahun ini.,, terdetik di hati, kerugian yang amat kirenya memori semlm hilang begitu saja kerana tidak semua peristiwa pahit & manis yang pernah aku alami mampu untuk di simpan di dalam sanubari....maka, di sini lah segalanya bermula.




Setelah idea blog muncul, timbullah mengenai nama yang sesuai untuk tema blog aku, ianya perlulah bersesuaian dengan environment yang ingin aku bawakan dan perlulah berketepatan dengan apa yang ingin aku sampaikan. Pada saat ini
aku sedar, untuk mencipta sesuatu yang baru bukanlah sesuatu yang mudah kerana ianya memerlukan masa dan usaha yang tinggi. aku mula mengimbau kembali peristiwa2 suka & duka yang telah aku rentasi sepanjang tahun 2009, tanpa aku sedari muncul lah satu nama, seorang sahabat baik yg aku kenali “FANA”.


Fana dalam maksud sebenar adalah ‘kehidupan sementara’ manakala konsep blog aku adalah berkonsepkan luahan atau diari selama aku hidup di bumi Allah ini, maka di sini lah bermulanya episod “SECEBIS CORETAN DI ALAM FANA”. .. Walaubagaimanapun, blog ini mengambil masa yg ckup lama utk di lancarkn dengan rasminya iaitu pada awal 2011(hampir staun lebih jgk la) , di mana ketika ini usia aku telah hampir mencecah 23tahun(perlu merenung masa depan niii..heeee).


untuk setiap post, aku tidak menjanjikan tempoh yang akan di ambil untuk menyiapkannya, tapi apa yang pasti aku akan sentiasa mengupload peristiwa2 terbaru mengenai kehidupan ini sekiranya ada cerita yang boleh kita kongsikan bersama. Promise!! ^__^