treeeeeeeeeeettt........ Bunyi itu hampir menggegarkn seluruh kehidupn mimpi ku. Mata yg terlena ini terbuka sedikit mencari arah bunyi phone yg mlm td telh di set kan. Sedikt demi sedikit tangan cuba ku gagahi melwan fitrah tidur yg sementara ini. Dlm samar-samar cahaya, jam telh pun mnunjukkn 3.43 pagi. Aku cuba mengukirkn senyuman di bibir, Alhamdulillah, masih ada secebis kehidupan yang Allah berikan kpd ku untuk menumpang di bumi Nya. Hari ini dlm sedar tak sedar telah pun masuk Ramadhan yang ke-20, Allahu akbar, cept nya masa berlalu pergi, seakan semalam baru Ramadhan ini bertandang mengetuk pintu insan yang menanti kan nya. Sungguh, aku rindu kan Buln mulia ini.
Sebelum bangkit dr tidur, segala kisah lalu membayangi pemikiran ku, perasaan ini bercampur baur seakan ia menghentk seluruh jantung hati ku. 25 tahun, bukn satu tempoh yang singkat, iyaaaa, 25 tahun yang mungkin membawa kebaikan dan juga mungkin keburukan. Tempoh ini sangat penting, kerana ia adalah tempoh aku bergelr seorng muslim dan hamba Nya yang hina, yang mana setiap perbuatan dan kelakuan baik mahupun buruk di catatkan. Dosa? Siapa yang tidak pernah melakukan dosa, kerana dosa adalah mainan dan juga ujian dalam kehidupan, dosa lah yang menjadikan hati ini hitam, mungkin pada asalnya dosa itu hanyalah sebesar biji sawi, namun kerana ia sering di jadikan teman, hati yg dulu suci kita tenggelm dlm kehitaman.
Pagi yang di selubungi embun ini jauh ku renung, basahnya pd bumi Mu seperti juga membasahi hati ku, nikmat apa kah ini? bumi cinta Mu ini sering mnjadi taruhan setiap makhluk. mereka mengejr nya tanpa mereka sedari, ia hanya lah kefanaan yang bisa hancur bila kalimah "kun fayakun" Engkau sertakan. Siapa tahu esok bukan milik ku lagi. Selalu insan menyebut mereka merindui syurga MU, tetapi kata2 rindu itu bisakah di gapai dengan sedikit nya amalan ini? jiwa yang kotor ini mampu kah melepasi titian sirat mu kelak? Hati yang hitam ini mampu kah menjwb setiap pertanyaan Mu nanti?
Namun, khabr gembira telah Kau kirimkan dlm mushaf Mu, membuatkan aku kembali yakin Engkau tidak pernah meninggalkan aku, kalam Mu menjadi penguat utk aku berterusan meminta kepada Mu. Ku renungi firman Mu yang bermaksud:
"katakanlah: wahai hamba-hamba Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri(dengan perbuatan2 maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah yang maha pengampun lagi maha mengasihani"
surah Al-Zumar ayat 53.
Kembali senyuman ini ku ukirkan tanda cinta ku terhadap Nya. betapa besarnya Rahmat Mu ya Allah....walau kami sntiasa berdosa kepada Mu, namun tetp Engkau ampuni kami. Ku sekang air mata ini, rasa ini telah lama ku rindui, mungkin telah lama dosa ini berteman, hingga tiada titisan jernih membawa keinsafan. Allah, hina kah aku?. lagi ku renungi hadis Qudsi yang di riwayatkan Oleh Al-Tarmizi.
"wahai anak2 Adam, selagi mana Engkau memohon dan mengharapkan daripada Ku, Aku ampunkan engkau, walau apa pun dosamu,Aku tidak peduli. Wahai anak2 Adam, jika dosa mu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan daripada Ku, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak2 Adam, engkau jika datang kepada ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui Ku tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan"
Sekali lagi jiwa ini bergetar dan dalam getaran itu tersemat sebuah harapan....Iya, Engkau Tuhan kami, hanya kepada Mu tempat kami menyembah dan hanya kepada Mu kami bermohon. Ketenangan pagi ini telah lama ku rindui, sungguh.....tersangat lama ingin ku miliki. jika ramadhan kali ini yang terakhir bg ku, biarkan ia mnjadi ramadhan yang bermakna. Biarkn ramadhan ini mnjadi saksi tentang kecintaan ini terhadap Nya. jika ini ramadhan yang terakhir bagi ku, biarlah ku rebah dalam dakapan cinta Nya.
Wahai hati2 yang suci jiwanya, seandainya tempoh 9 hari ini adalah tempoh Allah memberikan masa Nya kepada kita, apakah kita akn masih ingin persiakan? kiranya setelah tempoh 9hari ini Dia menjemput kita, sudah sediakah kita? moga tempoh yang berbaki ini mnjadikan kita mu'min yang sejati yang peroleh "itkun mina naar". Mari sama2 mencari redha Nya, biarpun sebesr mn dosa yang telah kita lakukan, barangkali rahmat Nya yang singkat ini menjanjikan syurga Nya kepada kita. Ayuhh, kita semarakkan saki baki yang tinggal. Jadikan ia kerinduan seperti seorang kekasih yang telah lama merindui pasangan kekasihnya, dan bila mereka bertemu kelak, tiada lagi sesalan, tiada lagi kedukaan, yang ada hanya Cinta yang berkekalan.
selamat mencari Laiatul Qadar semua. ^__^
![]() |
| Dan jgn lupa membaca doa mohon keampunan. |


.jpg)

.jpg)
.jpg)
