nOtA hATi kU bErBicARa =)

suatu saat, pasti aku akan pergi
jadi, biar aku lakari sejarah ini.

jika semalam adalah realiti.
di sini ia bersemadi.

Ukhuwah di Puncak Tabur. ^__^

Tuesday, July 9, 2013

“Iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk dan ketika berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, “Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan semua ini dengan sia-sia. Mahasuci Engkau, peliharalah kami dari siksa neraka.” Surah Aali-Imran : ayat 19

teringat lagi masa mula2 masuk UIA Gombak dulu, masa tu first year, seorang kawan bersungguh sungguh suruh aku pandang bukit di belakang UIA ni.

cuba tengok bukit kat sana, agak2 nampak macam apa?

herrmm, tak tau la, kenapa ye? jawab aku.

kalau ko perhatikan betul2, bukit tu seakan akan 3 ekor gajah yang sedang beratur tau.

ha'ah la....betul la, macam gajah!! ayah gajah, mak gajah n anak gajah(aku dgn excited nya)

    Alhamdulillah, perbualan pada tahun pertama dahulu dgn seorang kawan kini menjadikan ia realiti. baru2 ni 23 February 2013, tercapai harapan untuk
menjejak kan kaki ke bukit gajah, atau nama sebenarnya bukit tabur. terima kasih kepada saudari Nur Amalina Hasan kerana beliau lah antara pendokong utama ekspedisi kali ini, sebenar nya tanpa dia, mungkin bukit gajah ni hanya lah tingal nama je pada aku, tanpa aku merasai sendiri keindahan yg ada padanya.


ini lah bukit nya, tapi ini bahagian bertentangan, jika di lihat pada sudut belakang bukit sana, pasti bentuk gajah tu akan kelihatan.


ini pula wira2 dan wirawati2 yang bersama aku dalam ekspedisi tersebut

    jom start bercerita, herrmm, sebenarnya plan ni da lama di rancang iaitu pd awl2 semester 2 2012/2013 lagi, tapi banyak benda lain yg perlu di buat di tambah dgn masa yang sgt2 susah nk set. last2 tarikh 23 February 2013 (sabtu) la yg mnjdi sejarah kami di sini. 

    ingat lagi masa mula2 naik bukit ni, mmg sgt2 curam, mungkin kalau nak di ukur pada sudut kecuraman boleh di kata kan 75', memang sgt penat dan memerlukan ketahanan fizikal yang tinggi. Tak smpai 20 minit kami mendaki salah seorang kawan rapat kami Amalina Abdullah (Mali) dah give up kerana tersangat penat, jujur cakap, ms tu aku takut sangat, risau kalau2 apa2 berlaku pada dia(ngn keadaan muka nya yg pucat), dia suruh kami semua tingglkan dia kat situ sbb dia dah tak boleh meneruskn pendakian. kami memang tak akan tingalkan mali sorg2, lagi2 aku n amai, sbb kami lah yang bertanggungjwb dlm plan ni, kalau perlu kami akn berhenti pendakian dan turun bersama, tp Alhamdulillah, selepas mendapat nasihat, galakan dan jg mtivasi dari kami, mali kembali dgn semangat yang baru, dia teruskan juga (mungkin dia tak nak kecewa kan kwn2 dia) pendakian walaupun terpaksa berehat lama dari check point ke check point seterusnya . kat sini dapat kita lihat dan merasai, betapa kawan itu penting dalam sesebuah perjuangan, tanpa kawan mungkin seseorang itu mudah tersungkur dan tiada daya dalam meneruskan langkahan yang masih jauh perlu di teruskan. mereka mengajar itu semua, dan bukn tu sahaja, di sepanjang ekspedisi ni, banyak yang aku beljar dari mereka , terutama tentang ukhuwah. 


    Di pendek kan cerita, bila sampai di puncak, kami dapat menyaksikan keindahan alam yang sgt2 memukau, subahanallah.....betul la , ketenangan alam sgt2 mendamai kan jiwa. lagi2 apabila kita menyandarkan segalanya terhadap Pencipta. hanya Dia tempat kami menyembah dan hanya Dia tempat kami memohon pertolongan. tidak akan ada kuasa yang mampu menandingi penciptaan Nya. di puncak itu kami bersaksi tentang penciptaan Nya. langit yang luas terbentang mengingat kan kami tentng kerdilnya diri kami di hadapan Allah kelak, bukit2 yang mendokong bumi menyeru kami utk berfikir tanggungjwb kami sebagai seorang hamba, hijauan pohon yang menyuburkan alam menunjukkan kami betapa nikmat Allah itu terlalu besar. Lihat lah bagaimana Allah itu maha sempurna. 

“Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?” Surah Al Anbiyaa’ : Ayat 30

    Rugi lah bagi mereka yang hanya melihat keindahan alam tanpa mengambil ibrah dari nya. masakan Allah menciptakan sesuatu tanpa bersebb melainkan tersimpan 1001 hikmah, dan hanya org2 yang bijak dan ikhlas hati mrk yang dapat melihat itu semua. ya Allah, jadikan kami golongan yang celik dan sentiasa bersyukur di atas nikmat yang Engkau berikan, nescaya tidak lah sia2 hidup kami di atas dunia ini.


langit biru yang menenangkan.

hijau pohonan yang memberikan inspirasi.

bukit-bukit yang gah

    Ekspedisi kami mengambil masa selama 5 jam , lebih 2 jam dari tempoh sebenar pendakian. tp tak apa, kami bukn nya ingin berlumba-lumba, sebalik nya, ingin melihat penciptaan alam Nya. Ini lah titik mula kami  dlm ukhuwah pada sem ni. tanpa bukit tabur, mungkin kami semua tak serapat kami yang hari ini. Memori indah ini akan terus bersemadi dlm hati kami, insyaallah jika di berikan kesempatan, kami akan berkunjung lagi ke sn. Mengerti lah, bukit tabur itu begitu bermakna pada kami semua, sbb apa? sbb kami telah tngglkan sedikit cebisan ukhuwah di puncak tabur, agar kerinduan itu mengalir di saat kami melihat puncak nya dari bawah kelak. (sekarng ni, tiap kali nmpak puncak tabur, mesti teringat kan diorang semua :')  )

Nah, sedikit cebisan kenangan buat semua. :

Geng Muslimah
Geng Muslimin
Muslimina wal Muslimat, Wal Mu'minina wal Mu'minat :).

Adik beradik (anwar n anwari)
Itu dia leader kami, En Faris. hehe
Berehat Sebentar Bersama Kit Kat. :)

    berjalan lah di muka bumi ini dengan penuh tawaduk, lihat lah kebesaran Nya dengan penuh kesyukuran. semoga kita semua di berikan kenikmatan iman yang menjadikan kita hamba yang mengenal erti penghambaan yang sebenar nya. insyaallah. ^__^

0 comments:

Post a Comment