nOtA hATi kU bErBicARa =)

suatu saat, pasti aku akan pergi
jadi, biar aku lakari sejarah ini.

jika semalam adalah realiti.
di sini ia bersemadi.

Wasilah Kekuatan dari Sang Tua

Friday, August 2, 2013

"Dan Dia sekali kali tidak menjadikan bagi kamu dalam agama ini suatu kesempitan " surah Al-Hajj : 78


Terus ayat itu ku amati namun tidk semua mmpu di terjemah, fikiran kian gundah, badan di terjah lelah, mahu berhenti atau di teruskan? kata hati kecil memujuk manja, "teruslah wahai diri, Ramadhan dah kian labuh, sayang nya kalau tak di manfaatkan", Namun fikiran dan badan merayu utk berehat seketika, lalu yang mana harus ku ikuti? Benar, hari ini sgt memenatkan, perjalanan panjang mencari baju raya bersama Zul dr tengahari sampai ke petng tadi membuatkn badan sedikit kurang bermaya malam ini.


Baiklah, biar aku lewati hingga rakaat ke 12, selepas itu aku akan berhenti dan solat sendiri di belakang dan setelah itu mencari sudut yang sesuai di rumah Allah ini utk aku berehat hingga ke rakaat ke 20, mungkin wittir nanti sambung balik, begitu lah bisik diri yang keletihan ini menerjah ke pemikiran.

Sudah beberapa malam masjid kampung kota ini suram dgn keraian ahli Qaryah nya, sang pemuda yang dulunya gagah membarisi barisan hadapan pd awl2 ramadhan kini tidak menmpak kan wajah mereka, hanya beberapa sahaja yang istiqamh dlm mencari kenikmatan Tuhan, si ank2 kecil masih menceriakn suasana, berlari lari dlm erti meniti remaja, moga kalian sentiasa menjadikan masjid ini medan persinggahan mu whai adik2 ku. Hanya sang tua yang setia menunggu hingga ke penghujung waktu, menanti saat usia menjenguh lalu bertemu sang pemilik hati. Begitulah keadaan nya, wlau di mana2, situasi yang sama tetp berlaku.


Dalam tidak ku sedar, rakaat ke 12 telah pun berakhir, lalu kalimah " Allahumma innaka afuwun kareemu tuhibul afwa fa' fu anna " di bacakan imam sebelum meneruskan rakaat seterus nya. Usai doa tersebut di lafazkan, nekad sang diri ini ingin berundur dan berdiri, ku menoleh ke kiri Saf barisan kedua ini, hanya jalur karpet yang menemani sehingga ke penghujung pintu sana, dan di sebelah kanan pula beberapa pak cik yang sudah di mamah usia setia di kedudukan masing2, ada yang sedng minum air yg dibawa mereka dari rumah, ada yang memandang ke kiri kanan, ada yang sempt berbual. Aku hanya tersenyum memerhati. Baru sahaja punggung ini ingin d angkat, pak cik yang berada betul2 di sebelah kanan ku mendekatkan mukanya ke teliga ku memulakan bicara

"cuti ko loni?" Dia bertanya

"iya cik, cuti" Jawab ku dgn agk segan.Dlm pd yg sm, mata ini cuba memerhatikan wajah sang tua itu, jelas dan yakin, memg aku tidk mengenalinya.

"Doh lamo ko cuti? tanya nya lagi.

"sebule lebih doh ". jwb ku ringkas

"Blaja mmano?

"UIA cik " sambil ku ukirkn senyuman malu kepadanya.

"Ooooo,...UIA, amik medik ko ssano?

"Eh, dop la cik, kito amik Psychology jah" Dm hati ni tertanya, ada rupa budk medik ke aku ni, sambil tersengih sndirian.

"Budok (anak) pok cik pun duk UIA Jgk, tp dia matrik lg."

"Matrik PJ ko cik? Aku cuba bertanya walau sudah tahu jawapan nya.

"Dooop. Eh, PJ tu mmano? sambil mukanya muncul persoaln.

"PJ tu petaling jaya cik." aku cuba memahamkan nya yang matrik UIA hanya ada di PJ

"Hooo.....jolo lah tu." dia pula yang tergelk kali ni.

"Dia amik medik ko ssano? tanya ku, cuba melebarkn perbualan.

"kato nya sblm ni dio amik medik."

"Oooo, hebatnya dia" senyum terus ku panjangkan padanya.

Dalam rancak kami berbual, tidak sedar imam telah pun menghabiskn bacaan Al-Fatihah nya pada rakaat ke 13. kedua kami lalu berdiri dan kembali masuk ke dalam saf bersama jemaah lain. niat ku yang tadi ingin berhenti pada rakaat ke 13 terus terkubur di sebabkan sang tua yang bersih hati nya. Walau penat tetap ku gagahi, namun satu aura tenaga terasa mengalir setelah perbualan dgn pak cik tadi. Mengapa aku teruskan terawikh ini? tanya hati kecil. mungkin kerana aku tidak mahu hormat pak cik tua td kepada si muda ini hilang, masakan dia yang tua menanti hari bertemu ilahi masih berjuang, sedg diri yang kuat ini rebah dlm kemalasan. Mungkin juga kerana ingin aku jaga nama baik UIA memndgkan dia begitu memndg tinggi institusi berkenaan ( di kampung, mmg pelajar2 UIA tersohor dgn kealiman dan keilmuan yang mrk ada) . dan mungkin juga krn malu kepada nya. Hipokrit kah solat ku? ikhlaskan ibadah ku? Allahu a'lam, biarlah ku serahkan itu semua pd yg berhak sdg hati berterusan memohon agar setiap amaln di terima Nya. Apa yang pasti kalam nya sentiasa di sebut2 di bibiran merah ini, telinga pula berterusan mndengar bait2 suci mushaf yg di lafazkn lunk oleh imam kami.

Bicara kami tidak hanya terhenti di situ, namun sampailah kedua kami meninggalkan rumah Allah itu. kini aku mengenali dirinya, begitu juga sebaliknya. teringat lagi kata2 terakhir beliau.

"Nanti kito jjupo lagi deh, kalu juppo gak tegor2 lah" ringkas namun penuh ukhuwah.

insyaallah Pok Cik Din, pasti kito jjupo lg. ^__^


Masjid bukn sahaja tempat utk kita bersolat secara berjemaah, tapi juga tempt menjalin ukhuwah. Sebb itu Rasulullah begitu tegas menyuruh ummatnya berjemaah di masjid, krn baginda tahu, hanya ukhuwah yang mampu menyatukan ummat. Bagaimana kekuatan Islam itu akan terbentuk andai tiada muafakat dlm masyarakat. mari sama2 kita renungkan. Semoga kita semua berada di bwh naungan payung Nya yang mana hati2 sentiasa berpaut di rumah Nya. Ameeenn.



Selamat berjuang di malam2 terakhir Ramadan buat semua. Dlm kita sibuk menunggu utk menyambut kdtgn syawal yang bakal berkunjung tiba, jgn pula di usir Ramadhan yang akan berlalu hiba. sungguh tiada bulan seindah Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan. Ayuuhh, kita cari kekuatan meneruskn perjuangn! fighting! ^___^