nOtA hATi kU bErBicARa =)

suatu saat, pasti aku akan pergi
jadi, biar aku lakari sejarah ini.

jika semalam adalah realiti.
di sini ia bersemadi.

“1 LITRE OF TEARS” drama siri jepun yang mengajar aku nilai sebenar harga sebuah kehidupan.

Tuesday, December 13, 2011


"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhan kamu memberitahu kepada kamu, sekiranya kita bersyukur Aku akan menambahkan (nikmat-Ku) kepada kamu tetapi sekiranya kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sungguh pedih". Surah Ibrahim : 7

     Erti syukur  sering di lupakan oleh masyarakat islam di zaman robot kini, ada di antara mereka yang lebih teruk dimana, langsung tidak mengaitkan tentang apa yang mereka perolehi dengan rezeki yang Allah kurniakan, malah mereka menggangap  segala nikmat yang mereka perolehi kini adalah hasil usaha mereka sendiri, without any external fact. Ramai anak2 muda kini yang tersesat dari arus kehidupan & tujuan hidup yang sebenar, mereka hanya tahu erti  keseronokan, kepuasan & kesenangan  Inilah gambaran sebenar manusia di zaman robot,  seperti robot yang hanya dicipta untuk sementara, melakukan tugasan yang sama setiap hari dan bila ianya tidak berfungsi lagi, ia akan di lenyapkan dari muka bumi ini, begitukah kita atau kitakah robot? Siapa kita?  Bagi mereka yang ingin menjadi robot teruskan dengan usaha anda, namun harus di ingat kehidupan didunia hanyalah persinggahan ,”life in this world is only journey to the other world”, oleh itu kita mempunyai sebab untuk mengapa terus hidup di dunia yang fana ini. Iaitu mencari keredhaan Allah s.w.t,”worship &  obey Allah”   




    Bercerita mengenai robot, teringat pula aku pada sebuah drama dari Negara robot yang betul2 memberi impak jauh di dalam hati aku,

down syndrome for PSYC2090

Friday, December 2, 2011

HANYA LA SEBUAH PERKONGSIAN YG BIASA....TETAPI MEMBERI IMPAK YG LUAR BIASA.  ^___^

Al-Quran, Universiti & Anak-Anak Muda

Tuesday, February 8, 2011

“Al-Quran itu, di turunkan oleh Allah yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani(5). Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak di berikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai(6). Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakkan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman(7)”
(surah yaasin : 5-7)


 
Pada jumaat 2minggu lalu papa telah mengajak aku untuk mewakili mami menghadiri mesyuarat persatuan Qari & Qariah Kelantan. Pada awalnya Agak berat hati jugak la nak ikut sebab aku tak pernah menghadiri meeting yang aku sendiri tidak tahu nurture sesebuah persatuan, lagipun itu persatuan luar yang mana para ahlinya semua hebat2 dalam tarannum berbanding dengan diri ini, apalah sangat, walaupun mami seorang Qariah hebat, tapi aku tidak mengikuti jejak langkahnya, but someday aku janji, akan belajar darinya(errrmmm,….mungkin cuti 5bulan nanti. insyaallah) . walaubagaimanapun, nak tak nak, aku kene jugak teman papa, sebab aku tak nak dia keseorangan tanpa teman di sana.


Setibanya di markaz persatuan itu, aku dengan papa terus mengambil tempat kerana mesyuarat telahdi mulakan beberapa minit yang lalu. Pada ketika itu orang kuat yang hadir adalah..... 
       

CORETLAH SEGALANYA, KERANA DI SINI KENANGAN ITU BERMULA

Tuesday, February 1, 2011

“yang paling JAUH dengan kita adalah MASA YANG TELAH BERLALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak mampu untuk kembali ke masa lalu. Oleh itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.”
--Imam Ghazali-



• “anwari !!, petang ni kita lwn bola ngan kelas 6D kat pdg belakang sekolah tau, kami tunggu engkau kat sn, jgn tak datang plak” (Sekolah Kebangsaan Seri Kota, 1995-2000)


• ”kamu bertiga mari kedepan!!!, sape suruh bercakap masa cikgu mengajar hah? Paaap!!! Paaap!!! Paap !!!! ketiga tiga kami kene penampar ngn cikgu zainal” (Sekolah Kebangsaan Seri Kota , 1995-2000)


• “ ustazah Mariah !! maaf lah ganggu ustazah, saya cume nak tanya, sempat lagi tak kalau

MUKADDIMAH “SECEBIS CORETAN DI ALAM FANA”..

Sunday, January 2, 2011


................Bismillahirahmanirrahim..............

Assalamualaikum w.b.t kepada semua pengikut2 blog yang aku hormati & sayangi. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa korang untuk mengikuti blog amateur yang aku sediakan ini.

Terciptanya idea “SECEBIS CORETAN DI ALAM FANA” adalah pada penghujung tahun 2009 dimana pada ketika ini, aku sedang menghabiskan cuti semester akhir tahun pertama 1st yr, 1st sem (junior ) di kg kelahiran aku, di Kota Bharu, setelah bergelar seorang siswa di IPTA tempatan. Kesunyian & kebosanan telah memaksa diri ini untuk mengimbau sejenak mengenai kehidupan masa lampau yang telah aku habiskan selama 21 tahun ini.,, terdetik di hati, kerugian yang amat kirenya memori semlm hilang begitu saja kerana tidak semua peristiwa pahit & manis yang pernah aku alami mampu untuk di simpan di dalam sanubari....maka, di sini lah segalanya bermula.




Setelah idea blog muncul, timbullah mengenai nama yang sesuai untuk tema blog aku, ianya perlulah bersesuaian dengan environment yang ingin aku bawakan dan perlulah berketepatan dengan apa yang ingin aku sampaikan. Pada saat ini
aku sedar, untuk mencipta sesuatu yang baru bukanlah sesuatu yang mudah kerana ianya memerlukan masa dan usaha yang tinggi. aku mula mengimbau kembali peristiwa2 suka & duka yang telah aku rentasi sepanjang tahun 2009, tanpa aku sedari muncul lah satu nama, seorang sahabat baik yg aku kenali “FANA”.


Fana dalam maksud sebenar adalah ‘kehidupan sementara’ manakala konsep blog aku adalah berkonsepkan luahan atau diari selama aku hidup di bumi Allah ini, maka di sini lah bermulanya episod “SECEBIS CORETAN DI ALAM FANA”. .. Walaubagaimanapun, blog ini mengambil masa yg ckup lama utk di lancarkn dengan rasminya iaitu pada awal 2011(hampir staun lebih jgk la) , di mana ketika ini usia aku telah hampir mencecah 23tahun(perlu merenung masa depan niii..heeee).


untuk setiap post, aku tidak menjanjikan tempoh yang akan di ambil untuk menyiapkannya, tapi apa yang pasti aku akan sentiasa mengupload peristiwa2 terbaru mengenai kehidupan ini sekiranya ada cerita yang boleh kita kongsikan bersama. Promise!! ^__^