(surah yaasin : 5-7)
Pada jumaat 2minggu lalu papa telah mengajak aku untuk mewakili mami menghadiri mesyuarat persatuan Qari & Qariah Kelantan. Pada awalnya Agak berat hati jugak la nak ikut sebab aku tak pernah menghadiri meeting yang aku sendiri tidak tahu nurture sesebuah persatuan, lagipun itu persatuan luar yang mana para ahlinya semua hebat2 dalam tarannum berbanding dengan diri ini, apalah sangat, walaupun mami seorang Qariah hebat, tapi aku tidak mengikuti jejak langkahnya, but someday aku janji, akan belajar darinya(errrmmm,….mungkin cuti 5bulan nanti. insyaallah) . walaubagaimanapun, nak tak nak, aku kene jugak teman papa, sebab aku tak nak dia keseorangan tanpa teman di sana.
Setibanya di markaz persatuan itu, aku dengan papa terus mengambil tempat kerana mesyuarat telahdi mulakan beberapa minit yang lalu. Pada ketika itu orang kuat yang hadir adalah.....
Setibanya di markaz persatuan itu, aku dengan papa terus mengambil tempat kerana mesyuarat telahdi mulakan beberapa minit yang lalu. Pada ketika itu orang kuat yang hadir adalah.....
ustaz Hj nik jaafar, iaitu penceramah, hakim tilawah Al- Quran, serta guru tarannum yang tersohor. Selain itu Ustaz Hj yahya, johan tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa serta tidak lupa ustaz Hj din yang mempengerusi kan majlis pada pagi itu. Pada mesyuarat kali ini, beberapa agenda telah di bentangkan dan the main point mesyuarat kali ini lebih kepada ingin mengangkat nama persatuan tersebut di Kelantan. Aku hanya menjadi pendengar yang setia kerana aku bukan lah ahli dalam persatuan tersebut, cume menjadi wakil mami yang tercinta.
Sebelum majlis mesyuarat itu di tangguhkan, seorang ahli iaitu Ustazah Hajah Faridah, johan Qariah 9kali peringkat Antarabangsa sempat memberikan cadangan kepada pengerusi serta ahli panel yang lain mengenai keterlibatan orang-orang muda dalam persatuan tersebut. Pada ketika itu juga lah baru aku sedar, yang ahli2 di sekeliling kebanyakkan nya telah berusia, aku tergelak sendirian , betapa tidak alert nya diri ini dalam observing, kata je student psychology tapi benda remeh tu pun x perasan.
Rentetan dari cadangan tersebut, Ustaz Hj Nik Jaafar mula berkata-kata. Katanya, Orang muda memang penting dalam menerajui kepimpinan baru, telah banyak usaha di lakukan untuk menarik minat anak2 muda terhadap Al-Quran, sebelum ni dia telah bertemu dengan orang-orang tertentu di sebuah universiti yang agak famous di tanah air dan berbincang mengenai isu tersebut. Die cube bertnyakan kepada mereka, kenapa Al-Quran tidak boleh di jadikan salah 1 subjek(kuliyyah) wajib di universiti, kerana seperti yang kita tahu, ia merupakan sumber rujukan utama utk orang islam. tapi orang universiti tersebut memberikan jawapan yang mengecewakan dan tidak relevant dengan soalan yg di ajukan, lalu ustaz Hj nik jaafar berkata, sedangkan wayang kulit boleh di jadikan subjek penting, malah seni itu telah Berjaya menubuhkan department di universiti2 tertentu di Malaysia. Kali ini orang universiti menjawab, tp ia berbeza dengan subjek Al-Quran kerana ia tidak memberikan jaminan ekonomi kepada pada pelajar dalam dunia yang canggih ini(mungkin bg mereka tiada sektor yang memberikan peluang pekerjaan & jika ada, ia teramat lah sedikit). Lagi sekali ustaz Hj nik jaafar menjwab, ekonomi adalah ciptaan manusia kenapa ia mesti menjadi persoalan, andai pisang emas yang tidak laku di kedai-kedai di bawa masuk untuk di jual di universiti, sudah pastinya ia akan laku. Itulah analogi yang membuatkan aku tersenyum sblm ustaz nik mengakhiri kata2 nya. Ada benar kata Ustaz Nik tu, sedangkan ayat pertama di turunkan di dunia oleh ALLAH kepada Rasulullah ialah ayat yang menyeru manusia supaya membaca iaitu surah AL-Alaq. Jd jgn lah kita menjadi orang2 yang di sebut di dalam surah yasin ayat 7 di atas. Keterlibatan anak2 muda dalam Al-Quran amat penting kerana ia adalah lah satu-satu kitab yang akan menjadi benteng dan pelindung kita di akhirat kelak . ayuh anak-anak muda, bacalah dan fahami lah isi2 Al-Quran itu sendiri, jangan leka dalam dunia yang di terajui bangsa barat kini, kerana dunia kini hanya lah menyeru kepada naaruljahanam bukn nye jannah. Jadi “iqra” lah wahai sahabat, selagi masa dan Roh ada bersama kita. ^___^



0 comments:
Post a Comment