nOtA hATi kU bErBicARa =)

suatu saat, pasti aku akan pergi
jadi, biar aku lakari sejarah ini.

jika semalam adalah realiti.
di sini ia bersemadi.

CORETLAH SEGALANYA, KERANA DI SINI KENANGAN ITU BERMULA

Tuesday, February 1, 2011

“yang paling JAUH dengan kita adalah MASA YANG TELAH BERLALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak mampu untuk kembali ke masa lalu. Oleh itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.”
--Imam Ghazali-



• “anwari !!, petang ni kita lwn bola ngan kelas 6D kat pdg belakang sekolah tau, kami tunggu engkau kat sn, jgn tak datang plak” (Sekolah Kebangsaan Seri Kota, 1995-2000)


• ”kamu bertiga mari kedepan!!!, sape suruh bercakap masa cikgu mengajar hah? Paaap!!! Paaap!!! Paap !!!! ketiga tiga kami kene penampar ngn cikgu zainal” (Sekolah Kebangsaan Seri Kota , 1995-2000)


• “ ustazah Mariah !! maaf lah ganggu ustazah, saya cume nak tanya, sempat lagi tak kalau
saya nak mohon utk jadi salah sorang ajk perpustakaan utk taun ni?”(Maahad Pengajian Islam, 2001-2006)


• “siapa yang datang lambat & menyorok Kat dalam kelas, turun cepat !!! cikgu bilang sampai 3, kalau tak turun lagi, cikgu naik atas, makin teruk korang cikgu kerje kan”( Maahad Pengajian Islam, 2001-2006)


• “Mek au, kejap lg lepas kelas tlong ptong rambut aku ek?” ”( Maahad Pengajian Islam, 2001-2006)


• “kita makan kat A café la mlm ni, kat situ ramai awek cantik ^__^”_sahabat beik ku_(Matrikulasi IIUM PJ, 2007-2008)


• “Anwari, awk tak berunding dengan saya pun psl perletakan
jawatan awk dlm INTECH _SS. __Mrs Azimah__ ” (Matrikulasi IIUM PJ, 2007-2008)




aku tersenyum sendirian bila mengimbau kembali kenangan-kenangan yang lalu, peristiwa bersama mereka yang aku anggap penting dalam sejarah hidupku,


masih lagi terngiang ngiang suara manja yang penuh keanak anakkan semasa di sekolah rendah, suara yang tidak mengenal apa itu kehidupan, yang pada waktu itu sekolah adalah segalanya bagi kami, kerana di situlah
 tempat di mana dunia kami berubah, kami berlari, bergelak tawa, bergurau senda, belajar bersama itulah kenangn yang pasti akan ku kenang higga hujung nyawa bersama mereka. Thnx buat kawan2 kerana menciptakan kenangn itu bersama ku, dan sekalung budi yang tidak terhingga kepada guru2 di atas ilmu yg telah di curah kan kepada kami. May Allah bless ol of u.




Hati ku tercuit bile mengenangkan mereka yang aku anggap sahabat di tingkatan menengah tinggi, di tempat ini pula adalah dunia yg mengajar aku mmengenal apa itu kawan & apa itu lawan. Aku terhibur dengan kehadiran mereka, tanpa mereka, aku tidak mampu untuk menjadi diri ku yang sekarang, susah senang kami bersama. Apa yang pasti pada ketika itu, kami lah super Heroes SMU(A) MAAHAD PENGAJIAN ISLAM, heroes kebanggaan semua, sekiranya mencari yang paling bijak, itu lah di kalangan kami, sekiranya mencari yang paling berkepimpinan di situ ada kami & sekiranya mencari yang paling nakal, itu lah kami……. ^__^ wira-wira 5SCIENCE IBNU HAYYAN.
AZIZ,KHALAF,RIDHWAN,FAKHRUDDIN,MUHAMMAD,FARIS,IBRAHIM,
MUJAHED, ZAKUAN, MU’MIN,HUSSAINI,ZAHARI, AFFENDY,HAFIZ PIN, HAFIZ ROCK, HAKIMI, MUADZ, IZZAT, MUHAIMIN, AFNAN,TAUFIQ, FAISAL,NIZAM, NASIRUDDIN,FAKHRURRAZI & FATAH.
Ukhuwah yang terbina ini menyulam kan 1001 kemanisan. Jatuh bangun kami tetap bersama itulah janji kami. ^____^









DAN ……..Tibalah cebisan kenangan yang melangkahkan aku ke peringkat yang lebih tinggi iaitu CFS IIUM@UIAM,. buat pertama kali aku berpisah dari pelukan mami & papa, masa tu baru aku sedar dunia ini begitu luas, CFS IIUM atau Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah memberi ruang kepada ku untuk melihat sendiri dunia yang mana jika kita lemah, kita akan di tindas, dan jika kita kuat , kita akan terus bersaing. Pada awl nya, kehadiran aku d CFS IIUM bagai kan sang semut yang kesesatan berada dalam kelompok semut yang besar, namun belajar dari kealpaan semalam, sang semut itu kini telah menjadi sebahagian dari semut2 yang lain dan mampu berbaris seiring dengan laluan yang telah di bentuk utk menuju ke penghujung destinasi. Di sini aku di ajar utk menjadi seorang pemimpin, aku bergiat aktif dalam persatuan2 dan hasil dari itu, keyakian yang sukar utk di asah kini telah menjadi milikku. Harapan ayahanda bonda aku letakkan di tempat yang palig tinggi utk melangkah di tempat asing itu, kerana di situlah harapan yang membawa impian utk mereka berdua. Seperti menengah tinggi, kawan2 lah yang menjadi salah satu faktor utk aku teruskan perjuangn di situ. Bermula dengan minggu taaruf hingga kini, KAMIL, FENDI, ZAI, ZUL, SYAKIR, EDDIE, SYAH, SYED, KEMAL RADIN, AKMAL NURSING, DEWA, MANAI, PANDA, ANGAH mereka semua sntiasa di hati . Mahallah ABC 320, di situ lah segalanya bermula, dan kini hanya kenangan yang menjadi pengubat rindu. Teruskan perjuangan wahai sahabat2, perjalanan kita masih jauh, gapai cita nan satu, utk menuju yang satu. =)










Jadi coretlah segalanya di sini, kerana ia pasti menjadi kenangan 1 hari nanti…….dan apa yang pasti, di sini lah cerita sebuah kenangan itu bermula.
Luv u ol so much. ^____^

1 comments:

Anonymous said...

hai..terkenang zaman kat matrik dulu...kenangan terindah..

Post a Comment