Rupanya ini perasaan yg di ucapkan teman2 sebelum ini....rupanya ini rasanya... sukar di gambar tp ia meniti di bibir hati. perasaan ini bercampur baur ada sedih, ada terharu, gembira, seronok., biarlah rasa ini aku simpan sendiri utk menelusuri tempoh 4 bulan ini., moga rasa ini hadir sentiasa agar aku lebih menghargai.
Siapa sangka tempoh ini sudah sampai, dulu selalu menghitung hari utk sampai ke hari ini, namun bila dah tiba ke kemuncak, rasa nk sahaja aku berundur beberapa langkah kerana tidak mahu tempoh ini mendatangi. Namun ada urusan dan tanggungjawab besar yang perlu di galas selepas ini, "Melangkah itu ke hadapan bukan ke belakang", aku cuba tenagkan diri ku dengan ayat itu, moga ada keberkatan dalam inti makna nya.
Anwari Ariffin dah nak Grad rupanya. Anak Hj Ariffin & Hjh Aminah ni da nak tingalkan menara gading yang menjadi impian suatu ketika dahulu, dah besar dah dia, dulu kecik je, manja je, asyik merengek, asyik nak mengikut, tp sekarang dah besar panjang dah, dah mampu berpijak di atas kaki sendiri., bak kata seorang teman, "kalau di campak ke mana pun ko ni, mmg boleh hidup" :)
Allah, banyak nya kenangan di Bumi UIA ni, hampir 1/4 hidup ku di abadikan di sini, banyak sangat ingin di ceritakan hinggakan tak tahu mana harus di mulakan. terlalu banyak ingin di luahkan tapi hanya hati yang ingin berbicara, katanya biarlah kenangan ini aku simpan sendiri buat masa ini, mungkin di penghujung semester nanti ia nya terbuku di laman ini. Laman "Anwari was here"
Tempoh 6 tahun setengah ni insyaallah sudah cukup memberikan aku tonik yang sangat berguna utk bergelar pemuda yang tidak gentar melawan ujian kehidupan, tempoh ini sudah banyak mengajar aku erti kehidupan, pahit manis selama bergelar mahasiswa ini insyaallah menjadi tarbiyah kecil untuk aku meneruskan langkahan dalam kehidupan yang berbaki ini. UIA , sungguh aku cinta kamu UIA. aku sangat menghargai serta berterima kasih. UIA dah banyak sangat mengajar aku apa yang perlu. Sungguh, hati ini susah utk melepaskan mu, namun kelak, aku tetap harus pergi meninggalkan mu, kerana aku adalah product mu, jadi biar lah product mu ini berbakti dan mengharungi nama mu di persada dunia kelak. UIA tidak akan sekali kali hilng dlm diri ini. Ya Allah, aku bersyukur kerana di berikan peluang untuk mendapat tarbiyyah disini. Masih teringat di usia 13 tahun dahulu, masa tu tahun pertama aku di sekolah menengah, aku sering berdoa agar di berikan tempat utk belajar di bumi UIA bagi stage pembelajarn aku yang seterusnya, dan Engkau telah makbulkan permintaan ku itu 6 1/2 tahun yg lalu, dan hari ini, aku berada di semester akhir. Semoga ilmu yang di peroleh ini di berkati
harapan utk sem ni:
1) Dapat create moments yang indah di sini.
2) Dapat penuhi segala impian yang dah di lists kan utk sem ni.
3) Sentiasa bersama teman2 yang di cintai
4) Jadi senior yang berbakti utk adik2 junior.
5) Dah tak nak buat hal dengan Assignment dah. (kene dapat highest)
6) Tersenarai dalam dean list.(ni lah harapan yang paling tinggi utk sem ni)
7) Hadiah grad untuk Papa dan Mumy n family.
Ya Allah mudahkan lah segala urusan ku utk mencari ilmu Mu, moga setiap apa yang di pelajari dan di hayati dalam mencari keredhaan Mu ini bukan sahaja bermanfaat untuk diri tapi yang paling utama adalah utk ummah. Jaga lah aku sentiasa, kerana aku adalah hamba Mu yang sangat lemah, tanpa Hidayah Mu, pasti aku akan tersesat kerana hanya Engkau Rabb yang kami semua sembah. Hanya kepada Mu kami berlindung dan hanya kepada Mu kami memohon.
Jadi ku mulakan langkahan ini dengan lafaz bismillah......moga ia menjadi teman di sepanjang perjalanan untuk tahun akhir semester akhir ini. ^__^



.jpg)

2 comments:
selamat maju jaya bro :)
InsyaAllah u can do it babe... usaha itu penting :)
All the best! ^_^
Post a Comment