nOtA hATi kU bErBicARa =)

suatu saat, pasti aku akan pergi
jadi, biar aku lakari sejarah ini.

jika semalam adalah realiti.
di sini ia bersemadi.

Jiwa ini Jiwa Tarbiyyah DAN Hati ini Hidup Kerana Tarbiyyah.

Friday, September 27, 2013


_Bismillahirahmanirrahim_


       Alhamduliilah, malam tadi Allah memberikan kesempatan kepada diri yang daif serta dahagakan ilmu ini utk mengikuti satu daurah yang di anjurkan IKRAM siswa Gombak. Cuba teka apa tajuk nya? hehe, macam berbicara dengan manusia pula blog ni, padahal diri sendiri je yang berbicara. "Langkah Bermula" , itu lah tajuk yang menarik diri ini utk berada bersama ikhwah dan akhawat yang di redhai Allah (dengan izin Nya).

       Langkahan memerlukan kekuatan, Kekuatan pula memerlukan sebuah sebab, sebab utk terus kuat....mengapa kita kuat ? banyak sebab utk kita menjadi kuat, contohnya, seorang ibu perlu kuat utk mencurahkan kasih sayang kepada ank2 nya, seorang ayah memerlukan kekuatan utk melindungi anak2 nya, mungkin dari segi keselamatan mahupun keperluan. banyak sebab untuk kita terus kuat kan? tapi bagaimana pun kita kuat, jangan lupa kepada si pemberi kekuatan, iaitu Allah yang satu, tanpa nikmat darinya, kita tidak mampu utk menjadi kuat dan bertahan di dunia yang penuh ujian ini.



Apakah asas kekuatan dalam diri manusia? pernahkan kita berfikir perihal ini? pernahkan kita duduk bersendirian lalu berfikir dari mana kekuatan ini bermula?

       Kekuatan sebenarnya hadir dalam proses kehidupan kita, dan proses hidup yang terbaik adalah TARBIYYAH. bila sebut Tarbiyyah, mesti perkara pertama yang terlintas dalam pemikiran kita adalah usrah bulatan, majlis2 agama, talaqi kitab dan seumpama dengannya, bukan? Tarbiyyah tidak semestinya berkait dengan usrah bulatan kerana pada hakikat nya, kita sudah di beri Murabbi terbaik dalam kehidupan kita iaitu Rasulullah, dan selepas baginda adalah Ibu & Ayah kita. Andai ibu dan ayah kita menerima tarbiyyah yang terbaik dari orang sebelumnya insyaallah kita juga pasti terhasil dalam kalangn mereka, namun siapa boleh jamin iman tidak berubah? sedangkan anak nabi Allah iaitu anak nabi Nuh a.s sendiri pun kufur dengan nikmat di dunia ini sehinggakan Allah menyebut di dalam frman Nya :

"Hai Nuh, sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu (yang dijanjikan akan diselamatkan). Sesungguhnya perbuatannya tidak baik. Sebab itu, janganlah kamu memohon kepada-Ku sesuatu yang kamu tidak mengetahui (hakikatnya). Aku memperingatkan kepadamu supaya kamu jangan termasuk orang-orang yang tidak berpengetahuan.'" (QS. Hud: 46)


          Jadi, mahu atau tidak proses ini akan berterusan berlaku dalam kehidupan kita, cuma bezanya banyak mana tarbiyyah ini di serap dalam kehidupan kita dan medium apa yang di gunaka oleh kita utk mencedok tarbiyyah itu. Jalan Tarbiyyah itu luas tapi tidak ramai yang menyedarinya, jalan Tarbiyyah itu mudah tapi ramai yang menyulitkan, ini lah yang di katakan kufur nikmat, bunyinya kasar kan? tapi kufur bukan lah bererti "kafir" ianya lebih kepada tidak bersyukur dengan nikmat Allah yang di berikan. jadi pilihlah medium untk pentarbiyahan diri kita di atas jalan Nya. Dan jika ingin bermula, mula lah dengan perubahan diri untuk menerima proses ini, jika bagi kita bersendirian mampu utk kita meneruskn langkahan ini cuba lah dan teruskan melangkah, namun perlu di ingat, Rasulullah sendiri memerlukan para sahabat untuk membangkitkan daulah islam, jadi mampu kah kita untuk bersendirian? cuba tanya diri sedalam dalam nya, moga ada jawapn untuk persoalan itu.



       Malam tadi muwajjih ataupun org yang menyampaikan ilmu menyentuh bagaimana proses tarbiyyah terbentuk , terkadang kita perlu mencari dan terkadang kita tak cari pun Allah dah tetapkan kepada kita. sama juga orang islam dan orang bukan islam, orang islam sangat beruntung kerana lahir sahaja di dunia mereka dah termasuk dalam agama rahmat ini sedangkan orang bukan islam memerlukan usaha untuk mencari agama ini sebelum mereka betul2 mengenal apa itu islam, "nikmat Allah yang manakah yang engkau dustakan?" , namun tetap ada di kalangan orang2 islam tidak berfikir perihal ini, semoga kita semua di jaga Nya sentiasa.

            Jom kita masuk sirah Rasulullah seketika, tahukah kita bahawa para sahabat adalah generasi yang terbaik dalam kalagan generasi yang ada di muka bumi ini, kerana apa? haaaaa, sape leh jawab, sila angkat tangan? hehe pandai pun, kerana sebuah Tarbiyyah. Tarbiyyah mereka adalah tarbiyyah dari kekasih Allah sendiri, jelouskan? adakah tarbiyyah para sahabat ini telah di berikan pada mereka dengan mudah? tidak, tarbiyyah memerlukan peringkat, tarbiyyah itu proses, bila menyebut proses , ia di ikuti dengan masa. walaupun mereka telah menerima tarbiyyah yang terbaik namun ada juga amalan2 atau tabiat2 lalu yang masih menjadi amalan, sebagai contoh yang paling mudah arak, arak adalah minuman yang di haramkan bukan? tapi proses pengharaman arak tidak lah berlaku sejurus sahaja islam di ajarkan oleh Baginda namun memerlukan 13 tahun sebelum arak itu di haramkan (teguri ana kiranya tersalah fakta). dan arak di hukumkan sebagai haram adalah di Madinah iaitu setelah dakwah secara bersembunyi di Mekah. lama kan proses ini? kenapa tidak proses ini terus sahaja di hukumkan haram setelah Rasulullah di angkat menjadi nabi? inilah yang dikatakan proses tarbiyyah, ianya berperingkt, masakan bayi yang baru lahir terus di ajar berjalan, patahlah kaki bayi tersebut. jadi jangan risau dengan masa yang di ambil utk jalan tarbiyyah ini, bukan lah orang yang menerima tarbiyyah awal adalah yang terbaik tapi yang konsisten dengan apa yang di ambil dari proses tarbiyyah itu yang di katakan paling baik. :)

        Salah satu yang menjadi ingatan ana pada daurah malam tadi adalah apabila muwajjih menyebut mengenai "nikmat". selalu apabila kita menebut nikmat adalah , nikmat kesihatan, nikmat kehidupan , nikmat kekayaan, tapi malam tadi sedikit yang menyebbakn diri ini terfikir adalah nikmat tarbiyyah itu sendiri, seperti apa yang di smpaikan dari pengisian daurah, pada awalnya kita ikut usrah je, lama kelamaan ada ikhwah yang ajak rehlah sama2, pergi Qiam sama2, iftar sama2, pergi daurah, Liqa' dan mukhayam dll, semua datang dalam bentuk package. jadi tahu kah apa itu semua ? itulah nikmat kasih sayang Allah pada kita, bermula dengan sedikit tapi akhirnya Allah bagi lagi banyak, lagi banyak dan lagi banyak, senang nya mencari redha Allah kan? tapi dengan izin Nya, kalau tidak, tetap tidak akan jadi bnda itu semua.

            jika dulu kita malas nak berusrah(selalu skip), jika dulu kita malas nk g Qiam(selalu tidur smpai tak bgun), jika dulu malas nak g majlis ilmu(sbb byk alasan), hari ini kita mulakan langkahan kecil, insyaallah bila tiba masanya langkahan ini akan terus besar dan jika di izinkan Nya suatu hari kelak kita mampu berlari di medan ini. Ya Allah, bukalah hati kami semua untuk mencari redha Mu, semoga meninggl nya kami kelak adalah sebagai manusia yang membela agama Mu di muka bumi ini. 



                -AYUH MELANGKAH BERSAMA KERANA DI SINI LANGKAH ITU BERMULA-




                                        (sedikit perkongsian video dengan anda semua)



-aku menulis bukan kerna nama, aku menulis kerna ini adalah dakwah-
-aku menulis bukan kerna aku pandai, aku menulis kerna aku berkongi apa yang aku dapat-
-aku menulis bukan kerna aku ingin kan pujian, aku menulis kerana inginkan rahmat tuhan-
-aku menulis kerana aku ingin kita , kau dan aku bertemu lagi di syurga Allah-

insyaallah. ^_^







0 comments:

Post a Comment